Belum sempat Buyong henyak brek, Jaka lompat turun. Perkarangan rumah Lebai Hadri sesak dengan manusia.
"Ha, tu pun Jaka." lelaki gempal berkain pelikat dan kemeja putih menghampiri Jaka. Songkoknya pesek.
"Aku Saleh. Abangnya Hadri." Jaka dan Saleh berjabat tangan. "Kita naik dulu."
Jaka abaikan tikaman mata khalayak. Tangga batu didaki pantas namun teliti. Dia tiba di muka pintu.
"Ikut aku." arah Saleh sambil langkah laju ke kamar paling hujung, dia diekori Jaka.
"Siapa bawa dia datang ke sini?" Lebai Hadri separuh jerkah sebaik saja Jaka masuk.
"Aku." jawab Saleh. "Sudahlah, Ri. Apa salah Jaka pada kau? Biar dia tolong kita. Kau sanggup tengok Kamil macam tu?"
Jaka jengah kerumun yang makin surut. Di tengah-tengah kamar, Kamil terbaring dalam racau. Dia terkangkang, segala terdedah dari mulut kain pelikat.
"Kenapa ni?" Jaka bingung. Di depan matanya, anak kecil yang bersedia untuk khatan. Dia tahu susuk yang bersila di hadapan Kamil itu Pak Kechik, mudim kesohor seluruh daerah.
Pak Kechik bingkas. "Begini, Jaka. Aku dah nak mula, tapi anunya tak mahu. Dia asyik meracau, minta pulut pagi kau. Aku dah beritahu Hadri, panggil kau. Tapi dia degil."
"Sebab pulut kau haram." Lebai Hadri mencelah. "Aku tak sanggup bagi Kamil makan."
"Ayah, tolong," mulut Kamil kumat-kamit.
Jaka keluar dari kamar dan kembali ke perkarangan rumah Lebai Hadri. Dia ambil dua bungkus pulut paginya dari dalam raga motor Buyong. Tijah sempat beri tadi, buat bekal.
"Nah." Jaka tiba semula di kamar. Pulut pagi diserah pada Kamil. Lebai Hadri cuba halang namun bahunya dipaut lengan Saleh.
"Kamil!" herdik Lebai Hadri.
Kamil enggan peduli. Senyumnya melebar ke telinga. Bungkusan pulut dibuka.
"Pak Kechik potong sambil saya makan pun boleh." ujar Kamil.
hahaha! finally :)
BalasPadamsungguh antiklimaks. haha keep it up. mungkin ada prekuelnya? atau lain?
BalasPadam