"Oh, kuliah tu? Hari-hari saya dengar di rumah, pakcik." Anak kecil senyum lagi. Pulut pagi di tapak tangan dibongkar, dicubit kecil-kecil.
"Di rumah? Oh, imam tu..."
"Ya, imam tu ayah saya."
"Nama kamu?"
"Kamil. Kamil bin Hadri."
"Kamil, kamu masuk dalam ya. Kalau ada yang nampak kamu makan pulut pakcik, habis kamu kena marah dengan ayah."
Kamil enggan peduli. Dia masih sibuk dengan kental pulut dan rangup ikan kering yang bertarung dalam rongga mulut.
Dua bulan berlalu. Jaka sudah lupa pada Kampung Belatuk. Dia sudah mula buka gerai di simpang keluar jalan besar dekat hospital, ada tanah sekangkang kongkang pemberian sepupu Tijah.
Pulut pagi laris macam biasa, cuma kali ini ditambah dengan nasi lemak dan kuih-muih. Tijah pun tak menoreh lagi.
Pagi itu Jaka di gerai macam biasa dengan Tijah. Pekerja gamen dan jururawat berjejal beli juadah. Laki bini tak menang tangan.
Dari jauh, kedengaran rusuh ekzos Honda C70. Jaka kerut dahi, renung motosikal yang makin hampir. Aku kenal. Ini Buyong, dari Kampung Belatuk. Buat apa dia ke sini?
"Jaka, ikut aku cepat." Buyong merengap, tercungap.
"Kenapa?"
"Cepat."
Jaka serah kunci motosikal pada Tijah. Dia pesan itu ini, Tijah angguk semuanya.
Dalam deru angin dan deras deram enjin motosikal, Jaka soal Buyong tentang Kampung Belatuk.
"Imam Hadri nak jumpa kau." Buyong masuk gear tiga.
Jaka gamam. Apa lagi yang kau mahu, Hadri?

baca sambungan entri yang nie cam tgh nak climax tapi kena ganggu orang. potong stim! haish~ hahaha cepat abg bonsai.. update! kurang kan 15 post twitter tuk buat nieh, pasti dapat! :0
BalasPadam