Setiap enam purnama, berkumpullah sekalian warga Melayur Pucuk di padang datar untuk Hari Undi.
Didirikan khemah kecil siap bertabir. Sesudah subuh, masing-masing beratur menunggu giliran.
Didirikan khemah kecil siap bertabir. Sesudah subuh, masing-masing beratur menunggu giliran.
Tiba di khemah, diberi sekeping kertas kecil sebesar tapak tangan. Maka perlu ditulis satu antara dua huruf.
Huruf 'tha' untuk Tok Senain. Huruf 'kha' untuk Tok Khamis.
Huruf 'tha' untuk Tok Senain. Huruf 'kha' untuk Tok Khamis.
Kertas-kertas undi kemudian dikira dan pemenang diumumkan di masjid selepas selesai solat Maghrib.
Dalam sejarah Melayur Pucuk, Tok Khamislah yang sentiasa menang. Menang tipis.
Sekali-sekala terdengar bisik-bisik orang Melayur Pucuk, konon Tok Khamis memanggil budak-budak Silat Sambar Helang dari kampung sebelah untuk mengundinya, namun tidak ada yang menyiasat.
Walaupun demikian, tiada pernah Tok Senain dipinggir. Malah, pandai pula sekalian penghuni kampung ini menimbang antara dua.
Andai ada yang bertemu susah dalam hal nikah cerai, khatan, khatam, bahagi harta, hujah balah agama - Tok Senainlah tempat mereka mengadu.
Andai ada yang bertemu payah soal berebut lembu kambing, sempadan tanah, suntuk wang, ditimpa bencana, sakit pening - Tok Khamis lebih pandai mencari punca harta.
Belakangan ini, timbullah resah gelisah berbaur gundah dalam hati segenap warga Melayur Pucuk. Ada pun rusuh hati ini sama seia baik di pihak Tok Khamis jua puak Tok Senain.
Bersambung.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan