9.9.10

Nota Ramadan #33

Angah dan Adik masih di hospital. Temankan Tok Ayah. Dia telefon waktu sahur tadi. Katanya ubat sudah habis. Hari ini mahu ganti baru.

Mama sibuk susun kuih tunjuk-tunjuk. Abah di luar rumah. Suka sangat dengan mesin rumput barunya. Jangan sampai botak pula dimesin laman rumah.

Saya sejak usai Subuh tadi (cuba) mengemas rumah. Sekali-kala curi-curi jengah Facebook dan tonton Tenis Terbuka Amerika. Suku akhir: Federer lawan Soderling. Dua-dua saya tak suka.

Termasuklah curi-curi tulis entri ini. 

2 ulasan:

  1. Told you. It's federer. Ngehehe. Eid mubarak abang bonzai. Jom sambung layan tenis bila orang lain tengah tengok siti nyanyi. hehe. [Ruqaiyah]

    BalasPadam
  2. Eid Mubarak, Ruqaiyah! Aku simpatilah kau sokong Papa Fed. He's already past his best. I admit, Papa Fed is the best tennis player in history, but Rafa is better than him. So, what would that make Rafa, eh? Hahaha.

    BalasPadam