Sewaktu menulis di Wordpress dulu, saya penagih statistik blog. Buat apa saja supaya ramai orang singgah dan baca. Ah, tak baca pun tak apa. Asal klik.
Di sini, saya sudah tidak peduli. Saya mahu tulis untuk orang yang mahu baca. Tidak kiralah walau hanya saya dan beberapa teman.
Pun begitu, saya masih kagum apabila statistik akses ke Salah Taip tiba-tiba mencanak beberapa hari lalu. Saya periksa. Rupa-rupanya pautan blog saya telah di'kicau' oleh dua orang penulis prolifik dalam bidang masing-masing, Amir Muhammad dan Ajami Hashim.
Oh, ya. Maksud kicau ialah mereka guna Twitter.
Kalau kalian tidak tahu apa itu Twitter, maknanya kalian wujud pada zaman ini setelah tiba dengan mesin masa, dari zaman Friendster (perkataan lain untuk masa lampau).
Gambaran paling mudah, Twitter ini laman sesawang yang seolah-olah menampilkan status anda di Facebook semata-mata. Hanyasanya perkataan.
Kalau kalian tidak tahu apa itu Facebook, maknanya saya pun tidak tahu bagaimana kalian boleh wujud pada zaman ini.
Di Twitter, anda boleh menulis apa saja, cuma tidak lebih 140 karakter. Di situlah saya kagum dengan magis bahasa. Mencari perkataan paling ringkas dan tepat dalam menyampaikan mesej.
Pun begitu, masih ada beberapa aplikasi yang membenarkan anda menulis lebih daripada itu, lalu disertakan pautan untuk pembaca mengakses kicauan anda secara penuh.
Paling menarik, ialah kewujudan Trending Topic. Anda boleh memilih apa yang ingin dibualkan dengan seisi dunia hanya dengan menyertakan tanda # pada topik yang anda inginkan.
Pengguna Twitter lain boleh mengakses mana-mana pengguna lain yang sedang berkicau pada topik yang sama hanya dengan mencari topik tersebut.
Contohnya, #selamathariraya, #yorais (tanya pakcik Google kalau tak faham), #iheartmalaysia, #bakarline - apa saja.
Anda juga tidak perlu bimbang andai ketagihan anda mengemas kini Twitter menyebabkan anda berkicau setiap minit.
Tidak ada orang yang marah-marah sebab anda sudah membanjiri suapan berita, seperti di Facebook. Tidak ada. Berkicaulah semahu-mahunya.
OK, ini bukan tutorial Twitter. Kalau nak tahu lagi, pergi daftar akaun sekarang dan cari perisian/platform sesuai dengan pakcik Google.
Saya cuma mahu berkongsi tentang capaian Twitter dan keseronokan berkicau. Sebab itulah statistik capaian blog saya tiba-tiba meningkat.
Cuma hari itu sajalah. Sebab? Sebab dua orang penulis tersebut ada ramai pengikut (ya, di Twitter, orang yang mengikuti anda dipanggil pengikut, bukannya rakan).
Sebagai salah seorang pengguna Twitter, saya menggalakkan para pembaca budiman untuk mempunyai akaun Twitter. Banyak manfaatnya.
Sudah-sudahlah mencandui Facebook.
Masihla promote twitter.Kagum dengan kegigihan itu.hahaha.:)
BalasPadamhahaha! 'penulis prolifik' katanya! :-)
BalasPadamMiraSue: Biasalah. Haha.
BalasPadamAjami Hashim: OK kan, bro? Haha. Thanks for following!
masih belum sampai wahyu untuk berkicau :p
BalasPadamsifazayu: Semoga tiba kelak :)
BalasPadamLETUPS!
BalasPadamhahahaha mak hadapi situasi marah-marah spam tuh, haha :D