10.9.10

Salam Syawal

Saya harap entri ini tidak diakses pada hari raya pertama. Jangan sibuk di atas talian. Pergi berayalah. 

Saya lain, saya penagih blog. Jadi mesti tulis juga walau terkial-kial meriba komputer di dalam kereta dalam perjalanan ke rumah Tok Ayah Mamat bersama Angah dan Adik.

Satu Syawal paling istimewa lantaran kemuncak ria dan hiba yang berbaur sempurna, walau apa pun asbabnya.

Masing-masing punya cerita.

Jangan lupa dengan Ramadan yang baru beberapa jam kita tinggalkan. Doakan agar andai tidak banyak, sedikit giat amal Ramadan menjadikan kita manusia yang lebih manusia.

Doakan agar pasti banyak, bukan sedikit dosa sesama manusia gugur di celah-celah sentuhan jari saat bersalam dan senyum tunduk bertemu mata.

Salam Syawal buat semua pembaca Salah Taip!


4 ulasan:

  1. salam syawal bro
    ehehe.. i wanna sms u
    but suddenly realize i din hv ur number
    mane ntah die nyorok..

    BalasPadam
  2. salam bonzai~
    masuk 2 syawal baru along berani nak komen..(tibe je..padahal baru je byar bill internet W1MAX)
    selamat hari raya bonz..maaf zahir dan batin.

    Syawal kali ini ada kelainan. sebab keluarga tak lengkap..namun, ada hikmahnya..dengan rahmatNYA, keluarga kami disatukan semula pada petangnya..

    alhamdulillah~

    BalasPadam
  3. Demikianlah rahmat Syawal!

    BalasPadam