Hari ini, Menteri Perdana negara itu buat rumah terbuka macam biasa. Seisi negara dijemput bertandang. Ramai, malah terlalu ramai yang hadir.
Robot-robot penyajian dicaj bergilir-gilir. Tak menang tangan melayan nafsu makan jelata. Makin lama makin sesak.
Menteri Perdana memandang dari anjung rumah kediaman rasmi. Rakyat berhimpit-himpit di khemah makanan.
"Tuan Cadang Pandang, mengapa terlalu ramai rakyat yang datang? Bukankah selalunya hanya orang kota, pekerja asing, dan pelancong tak ketahuan sahaja yang singgah?" Menteri Perdana kerut dahi.
Tuan Cadang Pandang, penasihat Menteri Perdana paling kanan, tersenyum simpul. Patutlah manusia ini perlu ramai penasihat, bisiknya.
"Yang Mulia Lagi Dimuliakan sudah lupa bahawa Yang Mulia sudah memodenkan negara ini semoden-modennya? Mana ada lagi kampung? Mereka sudah mual bersesak di jalan raya. Balik tempat asal, ada kompleks beli-belah agam juga. Menara sana-sini juga. Kondominium juga."
Tuan Cadang Pandang hirup sirap dari gelas tinggi di tangan.
"Mana ada lagi pohon-pohon hijau? Mana ada lagi lorong-lorong kecil berbata merah? Mana ada lagi hambat ayam dan kacau dodol? Mana ada lagi rumah papan? Sudah tidak ada balik kampung, Yang Mulia. Frasa balik kampung pun cuma ada dalam buku teks sejarah sahaja. Sekarang, semua metropolis!"
Menteri Perdana angguk, tanda bangga.
Di khemah penyajian, robot-robot masih tekun mencedok juadah. Rakyat bertolak-tolak mahu makan.
Di negara itu hanya tinggal satu saja kampung. Kampung Asal Wira. Tempat lahir Menteri Perdana. Diwartakan sebagai Kawasan Warisan Agung Kebangsaan Zaman-Berzaman.
Dua pohon rambutan. Laman sekangkang kera. Sebuah rumah papan.
welcome to Utopia M'sia :)
BalasPadamoh oh oh you heard PM's Raya address? I HATE IT :p Our PM no good speechmaker.
Skem, how unpatriotic of you to say that. At least, I muted the TV set when the speech was aired. Thus, no criticism. *geleng kepala*
BalasPadamHAHAHAHAH!
BalasPadamSkem, how unpatriotic of you to say that. At least, I muted the TV set when the speech was aired. Thus, no criticism. *geleng kepala*
BalasPadam<== abg bonsai boleh like nie 10000X haha?
ucapan beliau boleh menyebab kan mek tinggi darah uol! haha
Kalian semua memang tidak patriotik. Hatiku tenang berbunga riang setiap kali mendengar suara beliau.
BalasPadam