7.11.10

Terpaksa

Setiap manusia di dunia pernah menghadapi situasi yang sama, saya pasti.

Kita tidak pernah mahu dan rela, tetapi demi kepentingan masa hadapan - kita terpaksa lakukan. 

Perkara yang barang pasti tidak akan disentuh, walau kita hidup seribu tahun lagi - andai bukan kerana terpaksa.

Anda pernah, saya pernah, George W. Bush pun pernah - semasa menyerang Iraq. Itu dia cakaplah.

Kadang-kadang, terlalu perit untuk menahan loya, sebak, ngilu, sedih, benci - kita lakukan perkara itu sambil mata terpejam rapat atau segenap helai bulu tengkuk berdiri tegak.

Pun begitu, perkara-perkara sebegini jugalah yang menjadikan kita lebih matang.

Belajar bahawa dunia bukan semua yang kita pinta. 

Malam ini saya akan belajar benda yang sama.

Malam ini, saya akan senyum dan tepuk untuk Liverpool.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan