"Tadi saya pergi sekolah Adik, cikgunya bagi buku rekod. Bolehlah, dapat nombor enam dalam kelas. Kata Cikgu Maheran, yang lain okay. Cuma Matematik saja kena lagi banyak latihan. Awak kenalah turunkan sikit ilmu pada Angah, tu."
"Saya tak sempat lagi kemas dapur, lagi pun tak bersepah sangat. Saya makan kat luar dengan Adik lepas mesyuarat PIBG. Dia nak makan Domino's - katanya hadiah untuk highest mark dalam kelas, English."
"On the way tadi Along telefon. Katanya dia tak jadi balik hujung minggu ni. Outstation. Ikut bosnya ke Tuaran, ada mesyuarat."
"Angah? Dia overnight di rumah Rasyila, anak Cikgu Badar. Adik sajalah dengan saya. Awak nak cakap dengan Adik?"
Syafiq menyentuh bahu Rasydan.
"Pa, jom balik."
Rasydan angguk seraya mengucup dahi anak bongsunya.
Dia mengambil beg plastik dari tangan Syafiq. Kuntum-kuntum kemboja diseluk keluar. Rasydan tabur dari hujung ke hujung belindan.
Penutup botol air Sigg dipulas perlahan-lahan. Semerbak mawar menerawang. Rasydan cucur dari hujung ke hujung belindan.
"Adik, say goodbye to Ma."
Syafiq kucup nisan.
okay yang ni sedih.:'(
BalasPadamsedih ny..
BalasPadam