Model lelaki, atau wanita, mana-manalah - duduk di meja pejabat atau di kamar tidur sambil menaip di komputer riba.
Lebih baik berdua atau bertiga. Sambil menaip, saling menyambut gelak tawa dan jari menuding ke arah skrin komputer riba.
Lagu latar? Apa sajalah. Lagu Bunkface (video klipnya orang kertas berkasihan) pun boleh. Saya tak ingat judulnya.
Rakan-rakan berlalu seraya melambai.
Model lelaki, atau wanita, mana-manalah - mula merenung kamera.
"Dengan modem jalur lebar ini, hidup saya lebih mudah. Hanya klik satu butang, anda bersedia menerokai dunia," model senyum, "atau dunia menerokai anda."
"Tapi butang Refresh ni kau kena klik banyak kalilah. Sebab modem ni lembap nak mampus!"
Kalau mahu ambil selebriti, saya cadangkan Bront Palarae. Maklum, saham tengah naik.
Iklan yang paling tak boleh blah sekali iklan broadband Digi yang melahar Maxis dan Celcom punye broadband lembab. ingat iklan sekumpulan remaja menunggang basikal kemudia ada lampu berwarna dibelakang nya?Cet!!! DIgi punye broadband pun sama lahar gak.
BalasPadamp/s: Saya pengguna streamyx...ha..ha
hahahaha~!
BalasPadam