"Tak apalah, Tok. Yang ini tak lucu, kita tunggu satu lagi." Orang Kaya Mujar menyeka air mata yang bersisa dek terlalu galak hilai tawa.
Peserta kedua tampil. Tinggi lampai, kurus kering. Dia terkernyih seraya terpamer gigi nan jarang. Tanpa silu, dia menggaru punggung dengan hujung ibu jari.
"Siapa nama kau?" Soal Orang Kaya Mujar.
"Alit."
"Baik. Alit, apa jenakamu buat Tok Penghulu?"
Dengan tidak semena-mena, dahi Alit berkerut seribu. Bibir termuncung, mata dikejip rapat. Timbul segala urat di dahi. Wajah Alit merah padam.
Put. Put. Put.
Putt. Putt. Putt.
Puttt. Pittt. Puttt.
Lama-kelamaan, sekalian pengunjung bertepuk tangan sambil menari dan tertawa - asyik menurut alun irama yang terbit dari punggung Alit.
Pit. Pit. Pit.
Putt. Putt. Putt.
"Macam dondang sayanglah."
"Bukan. Ini joget."
"Sudah! Hentikan!" Awang Jentaka berdiri tegak. "Ini bukan jenaka. Ini jijik, namanya. Bodoh. Mujar, ada siapa-siapa lagi yang kau ingin bawa? Kalau tak ada, aku nak masuk tidur. Bodoh. Oh, ya. Tangkap budak Alit tu. Masukkan dalam rumah pasung satu malam. Bodoh."
"Nanti dulu, Tok." Adi Terlak mara.
"Siapa kau? Nampaknya bukan dari sini." Orang Kaya Mujar menyampuk seperti biasa.
"Adi Terlak, dari Melayur Pucuk."
"Jauh juga kau datang ke mari. Baik, apa jenakamu?"
"Aku tak mahu berjenaka. Aku mahu melukis."
"Melukis?" Awang Jentaka berhenti di muka pintu dan menoleh ke arah Adi.
"Ya, khabarkan saja apa yang ingin Tok lihat, akan saya lukis."
"Baiklah," Awang Jentaka kembali bersila di anjung, "cubalah kau lukis wajah paling lucu di dunia ini. Dari jauh kau bertandang, apa salahnya mencuba. Aku pun tidak pernah lihat bakat melukis di sini."
Awang mencapai rajut yang dari tadi melekap di belakangnya. Dari dalam rajut, dikeluarkan sekeping kertas, tiga batang berus lukisan, dan sebotol dakwat hitam.
Semuanya diborong di Pasar Melaka.
"Baiklah." Adi mula mencelup hujung bulu berus lukisan ke dalam botol dakwat. Berus menari-nari di atas kertas.
Orang Kaya Mujar sudah dua kali gulung rokok daun. Ada pengunjung yang sudah bosan, perlahan-lahan meninggalkan laman rumah Awang Jentaka.
"Tok, dah siap."
"Biar aku lihat."
"Ah, ada syaratnya, Tok. Hanya Tok seorang saja yang boleh melihat lukisan ini."
"Baiklah."
Kertas berisi coret coreng dakwat hitam bertukar tangan.
Hidung Awang Jentaka kembang kempis. Bibirnya terkatup rapat, pipi pula kembung kempis.
"Ha ha ha ha ha ha ha ha!"
Terlongolah sekalian penghuni melihat Awang Jentaka berdekah-dekah buat kali pertama.
"Ha ha ha ha ha ha ha ha!" Awang Jentaka menekan-nekan perutnya. "Mujar, barulah aku tahu betapa nikmatnya ketawa. Aduh, tak pernah kulihat wajah selucu ini."
"Ayuh, orang muda. Ke mari dan ambil seratus keping wang emasmu." Orang Kaya Mujar berdiri megah sambil memegang uncang kain hitam yang sarat.
Adi Terlak tersenyum. Hatinya berbunga. Matanya terbayang seribu satu macam benda yang ingin dibeli kelak.
Dalam perjalanan pulang, Mihat tak berhenti-henti bertanya, "Apa yang kau lukis, Adi?"
Adi diam seribu bahasa.
Sehinggalah tiba di rumah Mihat, akhirnya Adi bersuara.
"Aku lukis wajahnya."
"Wajah siapa?"
"Awang Jentaka."
Adi dan Mihat ketawa. Berdekah-dekah sampai pagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan