Saya memang ada masalah tumpuan ketika membaca, menulis, menaip, dan sebagainya.
Kalau bising sangat, memang mudah benar terganggu. Kecuali muzik, tak mengapa.
Kalau bising sangat, memang mudah benar terganggu. Kecuali muzik, tak mengapa.
Apatah lagi dalam perpustakaan, sebuah tempat yang direka oleh manusia untuk pengunjungnya menikmati suasana tenang tanpa sebarang gangguan.
Jadi, apabila ada manusia-manusia tolol (yang pada hemat saya sudah pasti tidak buta huruf kerana mereka ke perpustakaan untuk membaca kecualilah mereka ingin membuktikan ironi) yang gemar mengajak seisi perpustakaan mendengar isi gebang mereka tanpa mempedulikan papan tanda ingatan agar senyap, telinga saya pantas panas.
Sebagai marhaen yang kadangkala miskin sabar, saya terpaksa menoleh dan memberi ingat.
Andai tahap sabar saya berada pada tahap papa, nescaya tiadalah kata-kata yang tinggal melainkan makian semata-mata.
Andai tahap sabar saya berada pada tahap papa, nescaya tiadalah kata-kata yang tinggal melainkan makian semata-mata.
Maaflah.
abg bonsai - shut up! - mungkin mereka faham :)
BalasPadammanusia tolol perlukan ingatan yang berbunyi tolol .. seperti
BalasPadam"err .. excuse me kids, playground is close at the moment"
tapi si penyampai peringatan itu pula harus kelihatan seolah-olah serius maksima tahap genggam penumbuk boleh sampai ke gigi bila-bila masa (jika nak boleh diberi free saja)
* penafian : walaupun pernah diuji cuba dan berbaloi hasilnya tapi risiko sendiri mau tanggung
Bagi ajer penampor se das.. Confirm terus senyap.. Hehe... Tapi bak kata jeffrockers risiko sendiri mau tanggung... =p
BalasPadam