"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (2:183)
Penuh juga masjid semalam. Macam solat Jumaat pula. Ruang parkir penuh, mungkin sebab ada sebuah Mercedes S280 yang semberono letaknya. Yang lain tak dapat masuk.
Saya tiba di masjid agak lewat. Masbuk untuk solat Isyak. Nasib baik sempat berjemaah. Satu saf dengan lelaki berjubah putih (semerbak minyak atarnya menusuk) dan seorang anak nakal menyarung jersi tiruan Arsenal.
Rata-rata ahli jemaah berbaju Melayu dan berpelekat. Rasa segan pula saya hanya berbaju T. Tapi tak mengapa. Bukannya wajib berteluk belanga atau bercekak musang. Yang penting, suci dan selesa.
Bulu tengkuk saya mula meremang apabila Bilal Bersuara Lemak mengalunkan selawat sebagai tanda memulakan terawih. Ini benar-benar benar. Ramadan sudah tiba. Ya, memang lemak merdu suaranya. Muda dan segak pula. Saya kagum campur hormat.

Terganggu juga terawih dengan gelagat anak-anak nakal - seolah-olah tidak sedar mereka berada dalam rumah Allah. Hingar bertempiar, kejar-mengejar.
Tepat imam memberi salam kedua usai pusingan pertama terawih, bunyi bedil (dialek Kelantan bagi mercun) bingit. Kelihatan siak bingkas dari saf, melangkah pantas ke belakang masjid sambil mulut terkumat-kamit.

Saya tidak layak membutirkan pesan ini, sebab saya tidak punya anak. Cuma pada hemat saya, mendidik susila anak di masjid bukannya membawa mereka ke masjid dan pasrah menunggu hidayah Allah.
Perlu diberi ingat sebelum ke masjid bahawa kita bakal ke rumah Allah, tempat orang bertemu Sang Pencipta. Andai tidak mahu turut berjemaah, bersila dengan susila. Itu pesan abah waktu saya kecil (dan nakal) dahulu.
Apa pun, malam pertama terawih memang manis. Seolah-olah kembali ke taman yang pernah kita kunjung. Pernah kita kenal semerbak segenap kuntum bunga. Pernah kita tenang pada teduh dahan merimbun. Pernah kita meletus syukur seiring ciap burung.
Tahun ini kita kembali ke taman ini. Ruang kecil dalam blog ini, Insha Allah, akan diabadikan nota-nota buat tatapan semua. Sementara itu, saya masih cuba memadam imej cencaru sambal dan daging goreng - hidangan sahur tadi.
Selamat berpuasa.
Selamat berpuasa.
love it bro::
BalasPadam:')
BalasPadamsiti: Thanks, Kau. Sudilah singgah selalu.
BalasPadamrda ;p
best :) tq bonz
BalasPadam