Jujurnya, saya lupa berapa kali filem Ibu Mertuaku (1962) sudah saya tonton. Barangkali lebih 50 kali. And so do my fellow movie buffs, kan?
Dialog Nyonya Mansoor (Mak Dara) sama ada herdikan pada Sabariah Mansoor (Sarimah) mahu pun sesalan di tepi pusara usai memperdaya Kassim Selamat/Osman Jailani (P. Ramlee); masih lagi diulang-ulang sebagai satira atau homage dalam industri hiburan tanah air.
Beberapa hari yang lalu, saya sempat mengemas kini status Facebook berkenaan beberapa babak dalam Ibu Mertuaku, di samping menegaskan pendapat bahawa filem ini merupakan antara filem Melayu terbaik sepanjang zaman.
(Senarai The Best Malay Movies of All Time saya juga memuatkan Tiga Abdul, Kala Malam Bulan Mengambang, Perempuan Isteri dan Jalang, Cinta, Kaki Bakar, dan Buli. Rakan pembaca yang ingin berkongsi senarai kalian, tinggalkan di ruang komen ya?)
Anyway, ada rakan Facebook yang bertanya - apa yang kau suka sangat dengan Ibu Mertuaku? Ini pendapat saya:
1
Berbeza dengan filem-filem sebelumnya, Ibu Mertuaku tampil tanpa wira atau watak protagonis utama yang merupakan ciri penting filem arahan P. Ramlee.
Kassim Selamat pada awal filem seolah-olah bakal membawa perwatakan sedemikian tetapi dipersembahkan sebagai suami yang gagal menguruskan kewangan rumahtangga hanya semata-mata stigma mertua terhadap kerjaya seni: sehingga membinasakan diri.
Kegagalan ini diperjelas dengan tindakan self-loathing Kassim Selamat apabila ditanya oleh Mamak Mahyudin (Ahmad Nifsu) mengenai keengganan beliau menggunakan nama sendiri bagi tujuan persembahan solo. Kata beliau, "Sebenarnya, saya sudah benci dengan nama Kassim Selamat."
2
Keunggulan Mak Dara membawakan watak Nyonya Mansoor jelas menjadi nadi filem ini. Judulnya pun: Ibu Mertuaku. Dalam hal ini, casting P. Ramlee (atau sesiapa yang menjadi casting director pada masa itu) memang tepat.
Kesanggupan Mak Dara memalsukan kematian anak sendiri dalam bentuk telegram dan kubur tangkap muat sememangnya mencabar kesedaran moral penonton. Malah, amat payah untuk menolak sepenuhnya tindakan Mak Dara lantaran justifikasi beliau untuk melindungi anak kesayangan daripada hidup melarat dengan Kassim Selamat - kelihatan rasional.
3
Filem ini juga keluar daripada kebiasaan apabila watak antagonis tidak 'dihukum' atau menerima pembalasan akibat tindakan mereka. Nyonya Mansoor hanya diburu sedih dan sesal setelah penipuannya terbongkar. Konsep hukuman emosi sebegini jarang diketengahkan dalam filem-filem P. Ramlee.
Begitu juga Doktor Ismadi yang menganggap pembedahan mata terhadap Kassim Selamat sebagai 'cagaran' terhadap tindakannya mengambil Sabariah - juga terlepas daripada sebarang balasan (barangkali kerana secara hukum, tidak ada salahnya Ismadi mengahwini Sabariah selepas beliau memperoleh cerai fasakh).
Malah lebih tragis, hanya Kassim Selamat yang menerima retribution dengan matanya dibutakan - entah akibat ego yang tidak mahu menerima kurnia penglihatan sebagai 'nilai' Sabariah yang sudah berada di tangan Ismadi; atau seri alam yang lebih tampak dalam kelam sebagai hukuman kealpaan diri.
4
Namun, sebab utama yang menyebabkan saya tidak pernah menukar saluran televisyen setiap kali Ibu Mertuaku ditayangkan adalah kehalusan pertembungan karakter.
Sabariah jatuh cinta pada kemasyhuran nama dan bakat Kassim Selamat - pemuzik tersohor di Radio Singapura. Selepas menempuh dugaan, kesempitan hidup memaksa Sabariah meninggalkannya untuk bersama Doktor Ismadi.
Sebaliknya, Chombi (Zaiton Abdullah) bertemu dengan Kassim Selamat pada titik terendah dalam hidup - buta, compang-camping, keseorangan, melarat. Rasa kasih terdetik lantaran sedar akan keperitan hayat Kassim Selamat.
Nyonya Mansoor dan Mami (Zainon Fiji) - dua wanita berharta pada dimensi hidup berbeza. Nyonya Mansoor membuang menantu sendiri lantaran perbezaan darjat. Mami melindungi golongan susah yang memerlukan bantuan (ingat semula dialog: "Ini anak angkat cek yang baru").
Demikianlah sedikit coretan tentang Ibu Mertuaku.
Mungkin lain kali boleh bergebang tentang filem Melayu lain pula.
Part Sabariah melayan jiwa kat tepi radio, saya suka. (:
BalasPadamthe deep philosophy of the film which is worth discussing makes it admirable indeed abg.
BalasPadamsadly there are very few local film research books out there on our Malaysian films especially on P. Ramlee ones. If there are it is rather on the trivial facts and figures or the production aspects of the movie rather emphasizing on the philosophies or constructive criticism of it.
But I applaud the works by Amir Muhammad for his brave and hard effort on documenting Malaysian films. His work on Yasmin Ahmad's Films (Book) is truly refreshing. Can't wait for his 120 Malay Movies. It would certainly be a textbook on Malay films for many years to come for scholarly purpose.
I must say Si Murai (1968) and Hang Tuah and Do Re Mi series are THE BEST! :D haha!
Nice post abg btw!
Rda: Mesti Rda pun selalu buat, kan? Haha. Thanks for stopping by. Ajak kawan-kawan baca Salah Taip.
BalasPadamAmir Azfar: 120 Malay Movies dilancarkan di Singapura. I wonder why. *wink*