22.7.10

Datin Seri Ros, De Niro, dan Twilight

Saya pasti, Datin Seri Rosmah Mansor sudah menjadi isteri Perdana Menteri paling masyhur dalam sejarah Malaysia. Masyhur - terpulang pada definisi kalian. Boleh jadi molek, boleh jadi jelek. Ghandhi terkenal, Hitler dan Stalin juga popular. Terpulang.

Semenjak tampil sebagai Wanita Numero Uno Malaysia, banyak sekali sumbangan dan berita yang memaparkan nama Datin Seri Ros sebagai tajuk utama. Tak terkira. Yang pasti, jasa Datin Seri Ros lebih banyak daripada isteri Ketua Pembangkang. Nanti dulu, kalau isteri Perdana Menteri digelar Wanita Pertama - apa pula gelaran isteri Ketua Pembangkang, ya?


Ya, Robert De Niro yang itu.

Yang sudah dapat dua patung emas Oscar - mafia muda Vito Corleone dalam The Godfather II dan peninju handalan Jake LaMotta dalam Raging Bull. Yang masih belum tengok dua filem ini, masih ada masa. Pergi cari fail torrent dengan Pakcik Google. Kalau duit banyak, cari di mana-mana kedai DVD.

Terima kasih, Datin Seri. Saya amat bersetuju. Ini bukan idea sembarangan.

Tetapi, saya agak canggung apabila beliau menjelaskan punca pelawaan tersebut adalah untuk membetulkan persepsi serong masyarakat Barat tentang Malaysia dan Islam. Soal sebat dan hukum syariah. Soal pemerdagangan manusia.

Aduh, Datin Seri Ros. I don't think Mr De Niro give a shit about that. Not even two shits.

Mengapa beliau terkocoh-kocoh mengejar tanggap dan anggap seorang pelakon kelas A Hollywood bersabit hal-ehwal imej negara di mata dunia? Adakah Datin Seri Ros menganggap kenyataan "Malaysia is a good country. Malaysia Bol... oh, sorry. 1Malaysia!" daripada Robert De Niro kelak bakal membaiki persepsi antarabangsa?

Saya faham kalau Datin Seri Ros mahu membuktikan kepada kami sekalian marhaen bahawa Datin Seri Ros kini sebaris dengan selebriti kelas dunia - Martha Stewart, Lionel Richie, Shahrukh Khan, Jamie Foxx - namun justifikasi menjemput De Niro untuk membela nama negara dan Islam terlalu lucu. Tidak logik.

Oh ya, alang-alang Datin Seri Ros sudah mangli berlaga pipi dan bahu dengan who's who antarabangsa, lebih baik Datin Seri Ros jemput Pattinson, Stewart, dan Lautner ke Malaysia. Oh, barangkali ada yang tidak kenal dengan nama-nama ini. Baiklah - Edward, Bella, dan Jacob.

Ajak mereka promosikan konsep 1Malaysia. Pilihan raya umum ketiga belas nanti, Barisan Nasional pasti sapu bersih! Bukankah sekarang pengundi muda jadi penentu? Tidak perlulah Datin Seri Ros membuang tenaga menjemput De Niro. Outdated. Konsep pelakon 'otai' di Malaysia tidak begitu relevan. Tengok sajalah nasib pelakon veteran kita.

Tapi itu cerita lain, dik (intonasi Kuswadinata dalam Kala Malam Bulan Mengambang).

Apa pun, ini tetap idea bukan sembarangan. Sekurang-kurangnya, dapat juga kita melihat De Niro dengan lebih dekat. Para movie buffs sudah tentu setuju dengan saya - he is one of the greatest actor of all time. And yes, he'll be in Malaysia soon.

Terima kasih, Datin Seri Ros!

5 ulasan:

  1. hahaha! I quote "Saya beritahu mereka di New York, kita tidak memusnahkan hutan" *BOINK*

    Memang portfolio DS Rosmah yang rasmi adalah Menteri Luar, Menteri Penerangan, Menteri Wanita dan Pembangunan, Menteri Kewangan, Menteri Bini-Bini Menteri. Perdana Menteri Bayangan mungkin? Oh maaf, maaf, HER EXCELLENCY lah!

    Nice piece abg :)

    BalasPadam
  2. musykil~apalah yg difahami oleh org luar ttg Islam di Malaysia? mungkin sekadar permainan politikus org2 politik. yg pasti, isu remeh temeh akan diperbolakan lagi. maruah Melayu yg diperjuangkan~ entah kemana-mana-mana-mana~

    BalasPadam
  3. Amir Azfar: Ah, yes. Her Excellency.
    sifazayu: Sedih.

    BalasPadam
  4. hahah! saya suka part intonasi Kuswadinata tu :)

    BalasPadam
  5. mbadrishak: Hanya yang tonton saja tahu. Haha.

    BalasPadam