3.12.12

Kispen 124: Sergah

Baju dan celana sama hitam. Mujur bulan tiada. Malah di sudut ini, lampu jalan tidak bernyala.

Waktu paling ampuh untuk dia menjerkah mangsa. Untung-untung, ada yang membawa wang dan harta.

Siapa enggan kaya segera?

Dari celah belukar, seorang wanita dilihat melangkah penuh bersahaja.

Dia melompat dari belukar. Malangnya terus saja sang wanita mengeluarkan penyembur lada.

Matanya dibakar, hampir buta. Ah, dia terlupa. Taktik ini cuma berkesan kala malam tiba.

2 ulasan:

  1. terpana ku pabila membaca perenggan akhir mu.. ku ingat cerita ini kan panjang berjela... tapi ku suka... mana butang "like" mahu ku tekan.. kekekeke

    BalasPadam