26.3.12

Kispen 96: Samun

Abal kawal nafas. Di sebalik dinding, dia intai wanita berblaus korporat rona hijau terang. 

Aku cuma mahu wang. Bukan tubuh.

Mangsa berjalan tenang seorang diri di kaki lima. Sekali-sekala dia meneliti skrin telefon bimbit. 

Abal seluk saku. Pisau lipat sudah cukup buat menggertak. Yang penting jegil mata dan gerak laku.

Sial.

Abal terlupa. Pisau ditinggalkan dalam perut mangsanya semalam. Terlalu dalam dirodok. 

Siapa suruh melawan.

1 ulasan:

  1. dangg....sangat simple tapi sangat efektif. kecut perut baca line2 penghujung tu. sesiapa pon boleh jadi mangsa....yang ini pon belum tentu terlepas

    BalasPadam