7.8.11

Ludah Langit

Petang Ahad yang malas dihabiskan dengan menonton filem Heart, lakonan Nirina Zubir, Irwansyah, dan Acha Septriasa.

Ya, filem itu sudah lama kesohor. Saya saja yang ketinggalan, baru sempat menonton.

Sisi romantisnya tipikal, tapi berkesan. Dilema memilih dua manusia, cumbu cinta atau teman setia. Penyakit kronik jangan lupa.

Ironinya, saya kerap benar memperolok dan mengejek teman-teman yang sentiasa meladeni filem dan novel sebegini. Mass-produced love stories.

Tapi, saya tidak boleh menipu diri dan berasa sezarah haru dan hiba ketika menonton adegan meruntun jiwa. Bahawa Tuhan sejak azali menanam benih cinta dalam hati kita semua.

Saya berkira-kira, molekkah jika saya buat karya eksperimen - sebuah novel cinta?

Ada teman karib dan rakan Twitter yang mengusulkan. Setakat ini, masih dalam neraca minda. Belum tentu hujung pangkalnya.

Cuma andai dikarang, saya akan mengetawakan diri saya sendiri seumur hidup. I have to eat my own words, and so far, I'm not up for it.

Tunggulah.

5 ulasan:

  1. saya orang pertama akan baca kalau benar cerita cinta karya KNB. xD

    BalasPadam
  2. ada terfikir macam tu juga, "ala.. cite cinta ke... hurrrm.. " tapi ale-ale ada je yang terkesan kat hati.. betul la tu, dalam hati sah-sah dah ada benih, semai sikit-sikit je lagi kasi jadi taman..

    i hate novels before because kisah cinta always buang orang sedih, sakit, lemah.. cerita lembap. watak bodoh. geram dan marah dibuatnya! hope energy yg ada pada penulis mampu buat orang macam saya tak geli baca novel cinta.. (i have your PECAH already)

    BalasPadam
  3. setuju.. cerita cinta yang tak klise please.. :)

    BalasPadam