12.10.10

Sepasang

Saya tidak pernah rasa cemburu melihat mana-mana pasangan memadu kasih sambil menikmati hidangan.

Soal boleh pegang, tak boleh pegang - itu cerita lainlah.

Andai sudah mabuk cinta, semuanya mahu dibuat bersama-sama. Makan sama-sama, ketawa sama-sama.

Saya juga tidak pernah rasa janggal melihat mana-mana pasangan mengenakan baju sedondon. Tampak manis dan comel.

Sama-sama merah. Sama-sama hitam. Atau grafik yang bersambung membentuk imej bererti saat jalan beriringan sambil pinggul dirapatkan.

Soal boleh rapat, tak boleh rapat - itu cerita lainlah.

Sungguh, saya tidak berasa sakit hati atau sakit mata.

Kecuali, apabila pasangan di meja sebelah (lokasi: McDonald's Wakaf Che Yeh) sama-sama memakai jersi pasukan Chelsea.

Mata saya terus ditikam-tikam. Pedih.

4 ulasan: