Kecuali trilogi The Matrix, saya taklah suka sangat filem-filem berbajet besar dan sarat dengan kesan khas seperti imej janaan komputer (CGI).
Maksud tak suka, bukanlah sampai tak boleh tonton.
Boleh.
Cuma, saya tak gemar kalau filem-filem sebegini memenangi anugerah utama dalam industri perfileman, seperti Academy Awards, BAFTA, dan Palm d'Or.
Apatah lagi kalau memang hanyasanya nyawa filem tersebut kesan khas dan CGI, maka semakin meluatlah saya kalau filem sebegini menang.
Kalau jalan cerita, kematangan lakon layar, dan kemantapan lakonan pada tahap tinggi, lainlah cerita.
Sebab itu saya bersetuju dengan teori konspirasi bahawa Lord of The Rings: Return of The Kings memenangi Academy Awards hanya kerana simpati panel terhadap Peter Jackson yang berbelanja besar mewujudkan semula dunia rekaan J.R.R. Tolkien.
Begitu juga Avatar. Eh, nanti dulu. Avatar tak menang pun. Entahlah, barangkali citarasa filem saya jumud.
Festival Filem Malaysia ke-23, Magika menggondol anugerah Filem Terbaik. Itu pun saya tahu melalui kemas kini status Facebook kawan-kawan.
Saya sibuk menonton aksi Javier Hernandez menumbangkan Stoke City.
*Tapping your back* I hear you brother. I hear you.
BalasPadampernah tonton magika?
BalasPadamkalau belum, seriusnya aku tidak melarang tetapi aku bilang kau harus waspada.
jalan ceritanya biasa-biasa saja tetapi apa yang aku tak puas hati adalah ia seakan mahu 'sumbat' sebanyak mungkin folk-tale rakyat semampu durasi filem tersebut. terlalu banyak sub-karektor yang tidak menyumbang apa-apa kepada plot asal cerita.
si mahsuri, awang, termasuklah adik-beradik syarifah yang menjadi bawang-bawang itu kalau tiada pun langsung tidak menjejaskan plot.
oh, dan janganlah biar aku mulakan dengan pemilihan pelakon.
seriously... DD? wtf???
abang-abang KRU tak buat casting dahulukah? atau adakah dia diambil sekadar berlandaskan bahawa dia 'the-so-called-in-thing-right-now'? menyanyi sudah gagal, apatah lagi berlakon.
rasanya banyak lagi filem yang selayaknya menang.
suatu filem berlatar-belakangkan estet yang aku berpeluang tonton tempoh hari sewajarnya dinobatkan sebagai yang terbaik. atau mungkin juga dua-tiga filem lain yang keluar sama waktu dengannya.
sudahlah siaran award show ini semacam syok sendiri.
ok-ok. cukuplah ketidakpuashatian aku di sini. mahu sambung tonton The Vampire Diaries.
magika buat magik~ cis!
BalasPadam