19.10.10

Akibat Hanya Tidur Dua Jam Semalam

Saya mahu jadi adiwira.

Saya mahu jadi Batman. Banyak wang, dan dikelilingi para pembantu setia.

Jadi wartawan sambil terbang dengan celana dalam merah di luar, bukankah tolol? Tidak kisahlah walau mampu mengangkat badak sumbu dan penggulat sumo dengan jari kelingking.

Jadi pemancut rambang sarang labah-labah pun bodoh. Awak ingat, tukang cuci ada masa nak bersihkan? 

Jadi abang besar hijau tak ada otak apabila amarah menyerang, ini namanya gila. Di wad mental boleh jumpa ramai orang macam ini. 

Tak perlu jadi adiwira. Dalam Parlimen Malaysia pun banyak.

Jadi orang terbang, meluncur membelah langit sambil tubuh diselubungi marak api - apa faedahnya? Bahlul. Zaman sekarang semua orang pakai dapur elektriklah.

Jadi anjal, mana-mana anggota badan boleh jadi panjang, pendek, bujur, pipih, leper, bulat. Oh, ini bahaya. Nanti sudah tua, apabila otot sudah longgar, macam mana? Kasihan bakal isteri saya nanti.

Saya mahu jadi Batman. Sebab dialah yang paling manusia. Dalam dunia masa kini, wanglah kuasa sebenar.

Saya tahu, ada orang tanya - orang kaya bongkak dengan janggut berdandan dalam sut besi pun mewah juga? Saya tahu.

Tapi, saya tak mahu dada saya ditebuk sambil disumbat punca kuasa yang entah apa-apa. Saya masih waras.

2 ulasan:

  1. saya mahu jadi rakyat jelata yang mampu melempar kasut kulit buatan Gombak saya ke arah pemimpin neo-merdeka, boleh?

    BalasPadam
  2. saya mahu politik dihumban dlm api..
    saya mahu hidup :)

    BalasPadam