7.9.10

Suara Yang (Lebih) Rasional

Berhentilah seminggu. Kau tulis banyak-banyak, bukan ada orang baca sekarang. 

Semua sibuk gentel kuih, gantung langsir, salin perabot, cuba baju, padan tudung, acu selendang, telek songkok, ganti gelang, tukar kereta, jumpa saudara, salam maaf, kira duit, beri wang, makan ketupat, hidang lemang, kunyah biskut, telan rendang, reguk sirap, umpat keji, maaf zahir, ampun batin, lawat kubur, doa selawat, tabur mawar, serak kemboja, tumbang lembu, palu kompang, pandu kereta, tahan kantuk, baca kad, buka rumah, tutup balang, jumpa saudara, temu kekasih, cari cinta, buang benci, tambah suka, senda tawa, sela sendawa.

Mana ada orang baca blog?

5 ulasan:

  1. Ada la..bagi orang2 yg menggunakan ternik "tunjuk-menunjuk" mana ada uli2 and lain2... maka: ada masa menziarah blog. Sekian. Teruskan usaha

    BalasPadam
  2. komen aku yang rasional :

    kalau kau tulis untuk orang membaca kau cutilah seminggu. tapi kalau kau tulis untuk diri kau, tulis saja lah biar pun orang tak baca.

    BalasPadam
  3. takpe. malam raya karang baru pulun semua benda tu. sekarang masih ada masa untuk duduk atas kerusi malas dan berjalan-jalan kat blog orang. hehe. [Ruqaiyah]

    BalasPadam
  4. padin: Terima kasih.
    Hakeem: Kuih tunjuk. Haha. Mak aku pun.
    jeffrockers: Kau memang memahami :)
    Ruqaiyah: Blogwalking katanya :p

    BalasPadam