2.9.10

Nota Ramadan #25

Seperti baru semalam saya menonton Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarik permulaan puasa.

Seperti baru semalam saya bergulat dengan kantuk demi sepinggan mi segera dan dua gelas air kosong.

Seperti baru semalam menahan kecur walau di hadapan mata hanyalah semangkuk cendol.

Hari ini orang sudah mula bising-bising tentang hari lain. Baguslah. Bahkan hari itulah menjadi tanda girang sesudah bertarung dengan syahwat.

Saya cuma mahu pesan pada diri sendiri, simpanlah sedikit rasa sayu dan syahdu pada bulan ini. Terawih yang masih bersisa, kerjakanlah.

Tahun hadapan, belum tentu ada masa bersamanya.

4 ulasan:

  1. seperti baru semalam ??? apa kes. kau miss sahur tetiap malam ke apa

    tapi kes aku terjumpa balik KNB di alam blogger ni memang pelik. aku cari ana raffali. tapi bila aku ke blog nya, nama kau jugak yg aku nampak melepak kat situ. aha haa

    selamat berjumpa balik. sihat ?

    jeffrockers.wordpress

    BalasPadam
  2. Oit! Jeffrockers! Haha. Saja berehat, sekarang lepak Blogspot pula. Jemputlah yang lain bertandang sekali :)

    p/s: Apa lagi, tukar linklah. Haha.

    BalasPadam
  3. abg bonsai - saya telah membaca entri penggulungan yang abg bonsai taip .

    **saya ada soalan.

    erm, boleh tak kita buat penggulungan berdasarkan portfolio pasukan.
    cth nya : buat perbandingan antara 1st speaker dahulu, kemudian, perbandingan 2nd speaker n seterus nya. kemudian kita rumuskan semuanya.
    boleh tak? tq abg bonsai~

    BalasPadam
  4. raymelala: Tentulah boleh. Saya masih lagi merangka satu entri baru untuk teknik penggulungan tersebut.Bakal dimuat naik apabila siap nanti :)

    BalasPadam