18.9.10

Nama Di Facebook

Saya kagum dengan rakan-rakan yang tidak ada walau sezarah pun nama sendiri pada akaun Facebook mereka. 

Yalah, seperti Jejaka Tampan Milik Semua, Chenta Qaseh Abadiey, Menghisab Jiwa, Komander Kelakar. 

Mereka ini semua manusia masyhur. Tidak perlu dikenali dengan nama sendiri. Saya pun ingin jadi masyhur seperti mereka.

Tapi, saya masih belum ada frasa-frasa unik sedemikian.

Tak apalah, biar saya fikir dulu. Salah Taip? Tak bolehlah, itu nama blog.

7 ulasan:

  1. Salam,
    Ahaha.. Ada ke nama Komander Kelakar..? Unik gler.. =p

    BalasPadam
  2. Bagus tu kalau orang kenal kita tanpa mengguna nama sendiri. Kira sudah ke satu tahap yg berbeza.
    Tapi saya malu hendak masyur begitu. Dan kalau saya tak guna nama sendiri, pasti tiada siapa mengenali.
    Ini pun cukup Alhamdulillah, KNB masih ingat saya.

    BalasPadam
  3. akureformasi: Tak tahulah. Aku reka saja. Haha.
    acciaccatura: Mestilah ingat :)

    BalasPadam
  4. Tell me about it. Auto ignore. SOOO not Friendster/Myspace.

    BalasPadam
  5. Amir Azfar: Friendster? Apa tu?

    BalasPadam
  6. tell them they are at the wrong address.. my space is at www.myspace.com. this is facebook! benci orang mcm tu

    BalasPadam