Saya pernah rasa resah. Amat bimbang. Kadangkala sudah tidak kenal siapa diri yang sebenar. Hadap cermin pun tak guna.
Kalau nak baca buku motivasi, saya malas. Banyak sangat teknik. Kenal diri. Teroka peribadi. Siapa anda? Faktor X. Faktor W. Rimaslah.
Saya mahu dan saya perlu cara mudah untuk saya kembali tahu siapakah diri yang sebenar. Kata orang, kalau tak kenal diri, bagaimana mahu hidup berdikari?
Ah, saya lupa. Ada saja cara mudah. Buat kuiz-kuiz kenal peribadi di Facebook!
Kenali Jenis Peribadi Melalui Darah.
Zodiak Anda, Karier Anda.
Jenis Suami Yang Bakal Anda Jadi Berdasarkan Kelebatan Bulu Ketiak.
Ukur Perut Bermakna Ukur Pendapatan.
Mengenal Bakal Isteri Dengan Bentuk Senyuman Dan Bau Mulut
Kaitan Antara Tarikh Lahir Dan Sifat Semulajadi Anda, Anak Anda, Dan Cucu Anda.
Eh, nanti dulu. Ada lagi cara paling mudah. Tunggu saja orang lain buat. Kalau zodiak, ada dua belas sahaja peribadi bagi berbilion umat manusia.
Jenis darah? Kalau yang asas, empat saja.
Nampaknya peribadi manusia tidaklah terlalu berbeza.
HAHAHAHAHA pseudoscience right abg? whole lot of bull! your skepticism rules.
BalasPadamI mean, seriously, almost 7 billion people on Earth and only four personality traits? Pfft.
BalasPadam