5.9.10

Beca Terbang Sinari Lebaran TV3

Ini nota yang saya muat naik di Facebook pada 5 September, kira-kira jam 8.13 pagi. Maaflah, bahasa rojak. Biasalah, di Facebook.

Saya tertarik dengan iklan Hari Raya terbitan TV3 tahun ini. Ramai sekali yang membincangkan imej-imej yang dipaparkan dalam iklan tersebut. Kepada yang belum tonton, sila tunggu iklan tersebut muncul. Kalau malas tunggu, cari di Youtube. Macam biasalah.
Secara ringkas, iklan tersebut memaparkan seorang tua bersongkok putih dan berambut putih mengajak anak-anak kecil (presumably his grandkids, doesn't matter anyway) menaiki beca berkerusi merah dihias lampu-lampu kecil. Apabila anak-anak itu naik, seraya beca terbang ke udara - meneroka indah langit malam ditabur bintang.
Beca terbang melintasi Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan, among others, dan akhirnya tiba ke destinasi sambutan hari raya. Ramai sekali saudara-mara bergembira. Bersalam-salaman dalam indah cahaya, kebanyakannya dari pelita yang bersinar dari dalam kelopak teratai.
The most contentious idea being debated ialah resemblance pakcik beca tersebut dengan Santa Claus (ikon sambutan Krismas) serta imej bunga teratai yang tersohor dalam sejarah agama Buddha. Maka, bagi yang mengkritik iklan ini, unsur-unsur ini tidak molek kerana Aidilfitri merupakan perayaan agama dan tidak boleh disadur dengan unsur-unsur sebegini.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah dengan iklan ini, mereka tampil lebih terbuka dengan menyatakan masyarakat Malaysia sudah sedia pintar dan matang. Apa salahnya dengan beca terbang? Setiap imej yang terpapar di televisyen, terpulanglah pada penonton untuk menafsirkannya sebagai apa yang dikehendaki. You see what you wanna see
In my humble opinion, isu ini sebenarnya berpusar pada dua titik sahaja. Sensitiviti masyarakat dan ilmu pengetahuan. Isu bunga teratai yang melambangkan agama Buddha, ini saya tidak setuju. Sebab dalam sejarah orang-orang Melayu, bunga teratai ini memang pernah menjadi simbol ajaran Islam dan ketuhanan.
Ada satu kajian yang pernah dilakukan oleh Abdullah Mohemed tentang struktur bunga teratai yang menerangkan konsep Tingkat al-Ahadiyah dan Nur Muhammad. Soal kedua-kedua konsep ini bercanggah dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, kita boleh debatkan dalam lapangan lain. My point is, tidak tepat untuk menyatakan bunga teratai is a depiction of Buddhism.
Tentang pakcik berambut putih bersongkok putih berbeca kerusi merah dengan hiasan lampu-lampu kecil. Tidak boleh tidak, kita mesti akur bahawa imej ini amat hampir dengan Santa Claus. Sabar, jangan melatah. Cerita saya belum habis. Kenapa saya guna perkataan imej?
Sebab Santa Claus ialah imej, ikon, dan personaliti yang telah menjadi BUDAYA POPULAR dalam sambutan Krismas. Saint Nicholas - tokoh yang dikaitkan dengan imej Santa Claus ini tidak pernah memakai sut merah, let alone to ride the sleigh with the reindeer. Saint Nicholas memakai jubah biskop.
Tambahan pula, ada hujahan yang mengatakan Santa Claus ini sebenarnya bukan berasal daripada mana-mana teks mahupun sejarah Kristian bahkan watak lelaki berusia yang mengagihkan hadiah pada waktu malam kepada anak-anak kecil ini telah wujud dalam dongeng Yunani dan dalam karakter Odin yang tersohor pada zaman pra-Kristian di Jerman.
Pun begitu, kesemua ini tidak boleh menolak realiti bahawa pada ZAMAN SEKARANG, Santa Claus sememangnya telah menjadi simbol dan IMEJ sambutan Krismas. Maka, apakah kaitannya dengan Beca Terbang Sinari Lebaran?
Pada hemat saya, iklan televisyen yang ditonton oleh berjuta-juta manusia perlu dibikin dengan berhati-hati. Benar, saya tidak bersetuju dengan beberapa entri blog yang amat ekstrem melabelkan komponen-komponen dalam iklan ini sebagai unsur-unsur subversif yang mahu memesongkan akidah umat Islam.
Buku ditafsir sebagai Bible, malam sebagai kemunduran Islam, malah mentol dikatakan simbol Lucifer yakni iblis! Ini karut. Ini penerokaan sempadan wasangka minda yang ekstrem dan tidak membantu keharmonian dan pemahaman antara kaum dan agama di Malaysia.
Cuma, stesen TV3 perlu peka dengan nature iklan yang ingin dipaparkan. Ini iklan Aidilfitri, and Eid celebration is not a day created by man or old folklores. Sambutan Aidilfitri ialah suruhan agama, meraikan kejayaan bertarung dengan nafsu di bulan Ramadan - dan kembali pada fitrah pada bulan Syawal.
Thus, does it ever occur to the producers, even ONCE, that there will be even a remote possibility, for at least a Muslim, to claim that that nice old guy with white hair and white songkok, riding a flying red beca with decorative lamps - is a subtle depiction of Santa?
Ini soal tanggungjawab dan sensitiviti. Soal niat, itu bukan hak kita. Tiada siapa yang tahu apakah niat sebenar penerbit iklan melainkan mereka sahaja. 
Hanya kerana rakyat Malaysia sudah bijak dan matang, ini tidak bermakna stesen televisyen perlu lepas tangan dan seronok meneroka fantasi dan kreativiti dalam mencipta iklan dan promosi tanpa mengambil kira sensitiviti. When it comes to Eid TV ads, it is not JUST ANY ads. When Islam comes into the picture, it must be delicately done.
Adakah tiba-tiba selepas iklan ini semua orang keliru dengan sambutan Aidilfitri dan Krismas? Tidak. Adakah selepas ini semua kanak-kanak mahu bermanja dan memohon cenderamata daripada Santa? Tidak. Adalah selepas ini tiba-tiba ramai yang murtad lantas menyertai Kristian atau menyembah Lucifer? Tidak.
Tetapi tindakan memasukkan satu-satu ikon atau imej, no matter how innocent the act is, but if there is, even a remote possibility (which turned out to be not that remote in this situation), that the icon may be construed as something else (dalam kes ini orang tua berbeca merah yang dianggap Santa Claus), bagi saya adalah satu tindakan yang cuai dalam mendepani promosi televisyen yang berkait terus dengan agama Islam.
As TV producers who deal with conveying messages to the people, they should have known better.
Wallahu a'lam.
Saya pun tak tahu kenapa saya karang di Facebook terlebih dahulu dan bukannya di sini. Baca sajalah. Sama saja.

3 ulasan:

  1. hah aku tahu kenapa kau tulis di FB dulu dan baru ke sini. Salah taip kan ? kan ..

    BalasPadam
  2. Beca terbang FTW! HAHA.

    matilah maybe this comment pun akan diserang. Choi lah!

    Nice one btw. :)

    BalasPadam