17.8.10

Nota Ramadan #6



A mother's love is patient and forgiving when all others are forsaking, it never fails or falters, even though the heart is breaking - Helen Rice.

Antara memori awal saya tentang Ramadan - ketika saya berusia tujuh tahun. Darjah satu. Sekolah Kebangsaan (ketika itu masih Sekolah Rendah Kebangsaan) Sentul. Bangunan sekolah agam itu masih belum ada.

Waktu sarapan pagi (ya, bukan sahur) biasanya mama akan hidangkan dua keping roti mengapit sapuan jem strawberi di tengah-tengah. Itu kegemaran saya. 

Sambil membetulkan kolar saya yang (selalu) herot, mama pesan itulah sahur. Sampai pukul berapa saya puasa? Itu saya lupa. Rasanya menjelang jam empat setengah petang, perut saya sudah berkeroncong. Akhirnya menjamah nasi sambil bersila di hadapan televisyen. Tonton Voltron.

Mama sentiasa gigih memujuk saya berpuasa. Alhamdulillah, darjah dua sudah mula puasa penuh. 

Sebab itu sekarang saya tidak pernah kekok andai sekali-sekala menyediakan sahur untuk mama. Ala kadar sahaja. Kata orang, ingatan yang dikira. 

Saya harap Ramadan ini Tuhan mencurahkan rahmat-Nya yang berganda-ganda buat mama. Sabar dan tegar mama mendepani hidup, tak terkalahkan dan tak akan mampu saya balas. Tak akan.

Selamat berpuasa mama!

4 ulasan:

  1. anak mama rupanya KNB, bagus~

    ciri suami soleh adalah yg taatkan ibunya, ibunya, ibunya dan kemudian bapanya :)

    BalasPadam
  2. sifazayu: Moga kekal. Amin!
    stiffler: Tak apalah. Yang penting, dah tua-tua ni puasa penuhlah. Haha. Terima kasih singgah!

    BalasPadam