2.12.12

Kispen 123: Tahanan

Dia depang tangan. Cahaya mentari dibiar menyimbah muka, malah seluruh anggota. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil tutup mata.

Dalam hangat penuh tenang itu, andai Tuhan pinta nyawa sekali pun, akan diberi penuh rela.

Dia puas.

"Okey, dah."

Dia kembali digari.

Itu saja di sini. Menghirup bau sebenar dunia, dua minit sehari.

Kembali ke kamar sempit bertirai jeriji.

Kembali menunggu mati.

2 ulasan:

  1. bro, teruskan menulis. walau jarang komen kat blog abg, saya harap abg sedar bahawa saya sentiasa membaca tiap entri abg.

    BalasPadam