19.6.11

Harap

Petang semalam saya diajak bergebang dengan dua individu yang mungkin akan bertanggungjawab menjadi pengarah dan penulis lakon layar untuk Pecah, novel saya yang bakal difilemkan.

Saya katakan mungkin sebab masih dalam perancangan. Nanti kalau heboh yang bukan-bukan, besar pula aibnya.

Harapan saya? Agar sekalian pembaca doakan agar Tuhan permudahkan segalanya.

Jauh lebih mahal daripada semua itu, banyak butir ilmu yang saya kutip sepanjang dua jam bergebang dengan mereka.

Terasa benar diri terlalu kerdil, dan bersyukur pada Tuhan kerana sering saja dipertemukan dengan guru baru.

3 ulasan:

  1. this is great news Bonzai!!
    congrats in advance!! sapa sangka rezeki sepantas ini...

    i'll definitely gonna watch it~

    BalasPadam
  2. WOOOWW!!!
    I gerenti akan pergi tengok wayang...Ish tak sabarnya,baca novel saja pun dah best..

    BalasPadam